Berbagai Informasi yang dirangkum dalam sebuah website

Teori Ibn Khaldun

ADSENSE HERE!
Makalah Teori Ibn Khaldun
_
Ibn Khaldun


Kelahiran Ibn khaldun
I
bn khaldun atau nama sebenarnya wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin Al-Hasan lahir di Tunisia pada 1 Ramadan 732H (27 mei 1332) Keluarganya baerasal dari keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunisia pada waktu itu.

Pendidikan Ibn Khaldun
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn khaldun mendapatkan pendidikan dalam berbagai ilmu Islam seperti Al-Quran, Al’Hadith, Perundangan Islam serta beberapa cabang studi Islam. Ia juga belajar Kesusasteraan arab , Falsafah, bahasa, Matematika dan ilmu falak. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.
Dalam semua bidang studi ia mendapatkan nilai yang sangat memuaskan dari para gurunya. Namun studinya terhenti karena penyakit pes telah melanda selatan Afrika pada tahun 749 H. yang merenggut ribuan nyawa. Ayahnya dan sebagian besar gurunya meninggal dunia. Ia pun hijrah ke Maroko selanjutnya ke Mesir

Ibn khaldun dalam Bidang Politik
Katika remaja, ia mengabdi kepada penguasa Mesir, Sultan Barquq. Ibn khaldun menjawat beberapa jawatan dibawah pemerintah Tunisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai Duta Raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile “the Cruel of Castile”.
Ibn khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan university lain. Ibn khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn khaldun menyertai orang - orang dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri Bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya Ibn Khaldun
Ibn khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh barat kerena buah fikirannya, walau bagaimana pun jarang umat islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al-adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness.
Berhubungan dengan keadilan (justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahwa keadilan merupakan tulang belakan dan asas kekuatan sebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sebuah Negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang dan harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang untuk melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.
Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sebuah Negara dan keruntuhan sebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab-sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis mendalam, di dapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktivitas perekonomiannya seumpama hewan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai modal untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahwa kehidupan perekonomian senantiasa mengarah ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada factor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan factor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun factor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahwa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktivitas. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekat.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Disini dapatlah dinyatakan bahwa teori pembagian tenaga buruh,  pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang di kemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.

Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membedakan antara teori nilai diguna (use value) dangan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas  mengatakan bahwa nilai sesuatu barang bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.
“semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.”

Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barang terdiri daripada tiga elemen utama yaitu gaji atau upah, keuntungan dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu,beliau membagikan ekonomi kepada tiga sector yaitu sector pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barang sama dengan kuantitas buruh yang terlibat dalam pengeluaran barang berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga suatu barang dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasar.

Pemikiran Ibn Khaldun
Ibn Khaldun membahas tentang berbagai hal yang berkaitan dengan keuangan public dan perpajakan di dalam bukunya, Muqaddimah. Dalam bukunya tersebut Ibn Khaldun mengakui bahwa pajak pada dasarnya merupakan sumber utama dari pemasukan Negara di dalam era modern sekarang ini.
ADSENSE HERE!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Copyright © oke deh. All rights reserved. Template by CB